Shipping Policy

Penghantaran Hari Sama

 

• Semua pembelian & pembayaran hari ini pada jam 3 petang, akan dihantar dengan segera pada hari yang sama.

• Fasyeera Empire Sdn Bhd memahami bahawa mendapatkan item anda dengan cepat adalah penting bagi anda, jadi kami berusaha dengan cepat untuk memproses pesanan anda. Apabila anda memesan dari laman web kami, anda boleh mengharapkan untuk menerima pesanan anda dalam masa 1-3 hari perniagaan.

 

Alamat Penghantaran

• Fasyeera Empire Sdn Bhd akan menghantar e-mel pengesahan bayaran dengan alamat penghantaran yang dinyatakan dalam e-mel.

• Sebarang alamat penghantaran yang salah boleh ditukar dengan mengklik pada pautan Akaun Saya dalam e-mel tersebut.

• Alamat penghantaran boleh ditukar sebelum produk anda dibungkus oleh Fasyeera Empire Sdn Bhd.

• Fasyeera Empire Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat daripada alamat penghantaran yang salah.

 

Polisi penghantaran Fasyeera Empire Sdn Bhd tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Return Policy

Polisi Pemulangan

Bergantung kepada polisi pemulangan, anda boleh memulangkan item dalam tempoh 7 hari selepas menerima barang. Tempoh mula hitung pemulangan adalah dari tarikh terima item tersebut.

Bolehkah saya memulang item selepas tempoh perlindungan polisi pemulangan?

  • Item tidak boleh dipulangkan selepas 7 hari.
  • Jika berlaku kerosakan semasa pengeposan, item ini juga tidak boleh dipulangkan atau diganti rugi.
  •  

Syarat Pemulangan yang diperakui:

  • Bukti pembelian (nombor pesanan, invois cukai, dsb)
  • Sila rujuk syarat/alasan pemulangan yang diperakui di bawah untuk proses pemulangan.
Privacy Policy

Polisi Kerahsiaan

Kami menitikberatkan kerahsiaan pelanggan kami dan hanya akan , mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi pelanggan seperti yang digariskan di bawah ini.

Perlindungan data adalah suatu amanah dan kerahsiaan anda adalah perkara penting bagi kami. Justeru, kami hanya akan menggunakan nama anda dan maklumat lain yang berkaitan dengan anda, dalam kaedah seperti yang digariskan dalam Polisi Kerahsiaan ini. Kami hanya akan mendapatkan maklumat apabila perlu untuk kami berbuat demikian dan sekiranya ianya relevan untuk urusan kami dengan anda. Kami hanya akan menyimpan maklumat anda selama yang diperlukan daripada segi undang-undang atau seperti yang relevan dengan tujuan pemerolehannya.

Anda boleh melawat Laman Web kami, reseller.charms.my dan melayarinya tanpa mengemukakan butiran peribadi anda. Semasa anda menlayarinya, anda kekal sebagai tanpa nama dan kami tidak boleh mengesan anda kecuali jika anda mempunyai akaun (“akaun reseller”) dengan kami di Laman Web kami dan log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.

Jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan, sila kemukakan ke alamat kami atau hubungi khidmat pelanggan kami (Customer Service).

 

Koleksi Maklumat Peribadi

CHARMS tidak menjual, berkongsi atau memperdagangkan maklumat peribadi pelanggan yang diperoleh secara atas talian kepada pihak ketiga.

Maklumat peribadi yang diperoleh secara atas talian hanya akan didedahkan dalam kumpulan korporat kami dan kepada pihak ketiga untuk tujuan yang mana ianya telah diperoleh sebagaimana yang telah dibenarkan dan dipersetujui oleh anda. Contohnya, pengendalian suatu transaksi jualan produk pilihan anda di Laman Web kami.Apabila anda mendaftar akaun reseller, maklumat peribadi yang kami peroleh mungkin termasuk:

    •    Nama

    •    Alamat Emel

    •    Tarikh Lahir (Pilihan)

    •    Jantina (Pilihan)

Semasa anda membuat pembelian di Laman reseller.charms.my, maklumat tambahan peribadi yang kami mungkin peroleh termasuk:

    •    Nombor Telefon

    •    Nombor Telefon Bimbit

    •    Alamat Surat Menyurat

    

Maklumat peribadi wajib yang kami perolehi daripada anda akan digunakan dan atau dikongsi dalam kumpulan korporat dan kepada pihak ketiga untuk sebahagian atau kesemua tujuan berikut:

    •    Untuk penghantaran produk yang dibeli oleh anda daripada Laman Web kami. Sebagai contoh, kami boleh memberikan nama             dan alamat anda kepada pihak ketiga seperti syarikat perkhidmatan kurier atau pembekal pilihan kami untuk membuat penghantaran produk kepada anda;

    •    Untuk memaklumkan dan mengemas kini status penghantaran produk dan untuk tujuan sokongan pelanggan;

    •    Untuk menyampaikan maklumat produk yang relevan kepada anda seperti SKU;

    •    Untuk memproses pesanan dan menyediakan perkhidmatan dan maklumat yang ditawarkan melalui Laman Web kami dan sebagaimana yang dipohon;

    •    Untuk membolehkan kami mentadbir akaun berdaftar anda dengan kami;

    •    Bagi tujuan pengesahan dan perlaksanaan transaksi kewangan berkaitan bayaran yang anda lakukan secara atas talian. Sebagai contoh, bayaran yang anda buat melalui Laman Web kami akan diproses oleh agen yang kami lantik. Pendedahan kepada agen pemprosesan data seperti agen yang kami lantik dalam konteks ini adalah diperlukan bagi tujuan pengendalian transaksi jualan yang telah anda pilih.

    •    Maklumat peribadi yang tidak wajib seperti tarikh lahir dan jantina digunakan bagi tujuan kajian tentang demografi pengguna laman web dan untuk kami memberikan cadangan atau maklumat dalam bentuk emel promosi yang kami rasakan berguna kepada anda, justeru, meningkatkan pengalaman anda apabila anda melawat Laman Web kami. Dengan memberikan maklumat peribadi yang tidak wajib ini, anda dianggap sebagai telah mempersetujui untuk menjadi sebahagian daripada kajian kami dan menerima cadangan atau maklumat seperti di atas.

Pengesan yang digunakan adalah berdasarkan iklan Display (contohnya: Remarketing, Laporan Google Display Network Impression, Integrasi DoubleClick Campaign Manager, atau Google Analytics Demographics dan Laporan Interest) dan boleh mengumpul maklumat seperti umur, jantina, hobi dan interaksi dengan paparan iklan. Dengan menggunakan "Ads Settings", pengguna boleh memilih untuk berhentikan Google Analytics untuk Iklan Display dan memilih setting yang paling sesuai untuk menerima iklan Google Display Network. Lazada dan pihak-pihak ketiga, termasuk Google menggunakan cookie first-party (seperti cookie Google Analytics) dan cookie pihak ketiga (seperti cookie Double Click) bersama untuk tujuan informasi, mengoptimakan dan penghidangan iklan berdasarkan sejarah pelanggan yang melayari laman web ini dan juga seluruh Internet.

 

Mengakses Pesanan Sebenar

Maklumat pesanan sebenar anda boleh disimpan dengan kami tetapi atas sebab-sebab keselamatan, kami tidak boleh memperolehi maklumat-maklumat secara langsung. Walau bagaimanapun, anda boleh mengakses maklumat ini dengan log masuk ke akaun anda dalam Laman Web. Di sini, anda boleh melihat butiran pesanan anda yang telah siap, yang dibuka dan yang akan dihantar serta mentadbir butir-butir alamat anda, butir-butir bank dan sebarang risalah yang anda langgani. Anda mengakujanji untuk menjaga kerahsiaan data akses peribadi dan tidak membolehkan ianya diakses oleh pihak ketiga tanpa kebenaran.

Mengakses dan Mengemas kini Maklumat Peribadi Anda

Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda di Laman reseller.charms.my.

Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

Lazada memastikan bahawa semua maklumat yang diperolehi akan disimpan dengan selamat dan berhati-hati. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan cara:

    •    Mengehadkan akses kepada maklumat peribadi hanya melalui kata laluan;

    •    Menyelenggara produk teknologi unutk mengelakkan akses computer yang tidak dibenarkan; dan

    •    Menghapuskan maklumat peribadi anda secara selamat apabila ia sudah tidak diperlukan lagi bagi tujuan pengekalan rekod kami

 

Pendedahan Maklumat Peribadi

Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan organisasi lain selain daripada kumpulan korporat kami dan pihak ketiga secara langsung untuk perkara yang berkaitan dengan penghantaran produk yang telah anda beli dan bagi tujuan yang telah anda beri kebenaran. Dalam keadaan yang dikecualikan, CHARMS mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat peribadi, seperti apabila terdapat alasan yang memerlukan pendedahan berkenaan untuk mengelakkan ancaman terhadap nyawa atau kesihatan, atau dikehendaki oleh undang-undang. CHARMS komited dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 khususnya polisi serta garis panduan dan perintah yang sejajar dengannya.

Jika anda mendapati bahawa kerahsiaan anda telah dilanggar oleh Lazada, sila hubungi khidmat pelanggan (Customer Service) dan kami akan menyelesaikan perkara ini.

Pemerolehan Data Komputer Yang Tidak Semestinya Maklumat Peribadi

Semasa anda melayari Laman reseller.charms.my, pelayan (server) syarikat kami akan merekod maklumat yang dihantar oleh pelayar web (browser) secara automatik. Data ini mungkin termasuk:

    •    Alamat IP komputer anda

    •    Jenis pelayar web (browser)

    •    Laman Web yang telah anda kunjungi sebelum Laman Web kami

    •    Halaman yang anda kunjungi dalam Laman reseller.charms.my

    •    Tempoh masa yang anda gunakan selama mengunjungi halaman tersebut, perkara dan maklumat yang anda cari di Laman Web kami, masa dan tarikh akses, dan statistik yang lain

Maklumat ini dikumpul untuk dianalisis dan dinilai bagi membantu kami meningkatkan mutu Laman Web serta perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan. Data ini tidak akan digunakan bersama mana-mana maklumat peribadi yang lain.

Pindaan pada Polisi Kerahsiaan

CHARMS berhak mengubahsuai dan meminda Polisi Kerahsiaan pada bila-bila masa. Sebarang pindaan pada polisi ini akan diterbitkan di Laman Web kami. Anda patut memeriksa Polisi ini setiap kali anda mengakses Laman Web kami agar anda dimaklumkan sepenuhnya oleh versi polisi terbaru yang terpakai.

Aduan Mengenai Pelanggaran Kerahsiaan

Jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati dari anda terhadap cara kami mengendalikan pertanyaan atau aduan anda, sila hubungi khidmat pelanggan (Customer Service).