Terma & Syarat

 

PENGGUNAAN LAMAN WEB

Kami memberikan anda lesen yang tidak boleh dipindahmilik dan boleh mansuh untuk menggunakan Laman Web, di bawah Terma dan Syarat seperti yang dinyatakan, bagi tujuan membeli belah barangan peribadi yang dijual di Laman Web.

Penggunaan komersil atau penggunaan bagi pihak mana-mana pihak ketiga adalah dilarang, kecuali jika ia dibenarkan secara terang-terangan oleh kami terlebih dahulu. Mana-mana pelanggaran Terma dan Syarat akan menyebabkan pemansuhan serta merta lesen yang diberikan seperti yang dinyatakan pada perenggan ini tanpa notis terlebih dahulu.

 

PENYERAHAN PENGGUNA

Sebarang penyerahan yang anda lakukan ke Laman Web dan/atau kepada kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada, soalan, ulasan, komen, dan cadangan (secara am, “Penyerahan”) akan menjadi milik mutlak dan eksklusif kami dan tidak akan dikembalikan kepada anda. Sebagai tambahan kepada hak yang terguna pakai pada mana-mana Penyerahan, apabila anda menerbitkan komen atau ulasan di Laman Web, anda juga memberikan hak kepada kami untuk menggunakan nama yang diserahkan oleh anda, yang berkaitan dengan ulasan, komen atau kandungan lain yang berkenaan. Anda tidak boleh menggunakan alamat emel yang palsu, berpura-pura menjadi individu selain diri anda atau sebaliknya menipu kami atau pihak ketiga sebagaimana yang dilakukan pada maklumat asal mana-mana Penyerahan. Kami boleh, tetapi tidak diwajibkan untuk, menghapuskan atau mengedit mana-mana Penyerahan.

 

PENERIMAAN DAN PENENTUAN HARGA PESANAN

Sila sedia maklum bahawa terdapat beberapa keadaan di mana pesanan tidak dapat diproses atas beberapa sebab. Laman Web berhak menolak atau membatalkan mana-mana pesanan atas apa-apa sebab dalam mana-mana tempoh masa. Anda mungkin akan diminta untuk mengemukakan pengesahan atau maklumat tambahan, termasuk tetapi tidak terhad kepada nombor telefon bimbit dan alamat, sebelum kami menerima pesanan tersebut.

Kami komited dalam memberikan maklumat penentuan harga yang paling tepat di Laman Web kepada pengguna; walau bagaimanapun, masih terdapat kemungkinan berlakunya kesilapan, seperti keadaan di mana harga barang tidak dipaparkan dengan betul di laman web. Atas sebab tersebut, kami berhak menolak atau membatalkan mana-mana pesanan. Jika harga barang yang dipaparkan salah, kami boleh, pada budi bicara kami sendiri, sama ada menghubungi anda untuk memberikan arahan atau membatalkan pesanan dan memaklumkan pembatalan tersebut kepada anda. Kami berhak menolak atau membatalkan mana-mana pesanan berkenaan sama ada pesanan tersebut telah disahkan atau belum.

 

TANDA DAGANGAN DAN HAK CIPTA

Semua hak harta intelektual, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar, dalam Laman Web, kandungan maklumat di Laman Web dan semua reka bentuk laman web, termasuk tetapi tidak terhad kepada, teks, grafik, perisian, gambar, video, muzik, bunyi, dan pilihan serta susunan, dan semua kompilasi perisian, kod sumber dan perisian tersembunyi adalah kekal sebagai milik kami. Kandungan keseluruhan Laman Web juga dilindungi dengan hak cipta sebagai sebuah karya bersama di bawah undang-undang hak cipta Malaysia dan konvensyen antarabangsa. Semua hak adalah terpelihara.

 

GST

GST akan dilaksanakan di Malaysia berkuat kuasa mulai 1 April 2015 pada kadar 6%. Ia akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada. Harga barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Fasyeera Empire Sdn Bhd, yang merupakan syarikat berdaftar GST, akan termasuk GST jika berkenaan. Sila rujuk Akta GST 2014 yang diterbitkan dalam warta pada 19 Jun 2014 dan Peraturan GST 2014 yang dikeluarkan pada 30 Jun 2014. CBP adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia ("Jabatan Kastam")

 

UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA YANG TERGUNA PAKAI

Terma dan Syarat ini hendaklah ditafsirkan dan mengikut arahan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia. Tertakluk kepada seksyen Timbang Tara di bawah, setiap pihak dengan ini bersetuju untuk menyerah kepada bidang kuasa mahkamah Kerajaan Malaysia untuk mengetepikan mana-mana bantahan mengikut tempat.

 

TIMBANG TARA

Sebarang kontroversi, tuntutan atau pertikaian yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan Terma dan Syarat ini akan dirujuk kepada dan akhirnya diselesaikan melalui timbang tara yang terikat padanya yang bersifat rahsia dan sulit sebelum penimbang tara tunggal diadakan di Malaysia dalam bahasa Inggeris dan mengikut arahan undang-undang Malaysia. Penimbang tara tersebut hendaklah merupakan individu yang terlatih secara sah dan mempunyai pengalaman dalam bidang teknologi maklumat di Malaysia dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tanpa mengira perkara yang berlaku kemudiannya, Laman Web berhak menyambung perlindungan hak harta intelektual dan maklumat sulit melalui injunksi atau penyelesaian saksama yang lain di mahkamah.

 

PENAMATAN

Sebagai tambahan kepada mana-mana remedi undang-undang atau saksama yang lain, kami boleh, tanpa memberikan notis terlebih dahulu, dengan serta-merta menamatkan Terma dan Syarat ini atau membatalkan mana-mana atau kesemua hak yang diberikan kepada anda di bawah Terma dan Syarat ini. Sebaik sahaja mana-mana penamatan dilakukan pada Perjanjian ini, anda hendaklah dengan serta-merta menghentikan semua akses dan penggunaan Laman Web dan kami akan, sebagai tambahan kepada mana-mana remedi undang-undang atau saksama yang lain, dengan serta merta membatalkan semua kata laluan dan pengecam akaun yang disediakan untuk anda dan menafikan anda daripada mengakses dan menggunakan Laman Web secara keseluruhan mahupun sebahagiannya. 

 

Terma-terma Penggunaan

1. Pentafsiran

1.1 Di bawah Syarat ini:

“Pembeli” bermaksud individu yang menerima sebut harga daripada CHARMS untuk bekalan Barang atau yang sebaliknya terlibat dalam kontrak untuk bekalan Barang dengan CHARMS;

“Syarat” bermaksud terma-terma dan syarat-syarat am yang digariskan dalam dokumen ini dan (kecuali diperlukan oleh konteks sebaliknya) mana-mana terma dan syarat khas yang dipersetujui secara bertulis antara Pembeli dan CHARMS;

“Kontrak” bermaksud kontrak untuk pembelian dan penjualan Barang, melalui apa jua cara dibentuk dan diputuskan;

“Barang” bermaksud barang (termasuk mana-mana pemasangan barang atau mana-mana bahagian daripadanya) yang perlu dibekalkan oleh CHARMS menurut Kontrak;

“Bertulis” termasuk mel elektronik (emel), penghantaran faksimili dan mana-mana kaedah komunikasi yang serupa.

1.2 Sebarang rujukan dalam Syarat ini kepada mana-mana peruntukan statut akan ditafsirkan sebagai rujukan kepada peruntukan tersebut sebagaimana dipinda, digubal semula atau diperluaskan pada masa yang relevan.

1.3 Tajuk-tajuk dalam Syarat ini adalah untuk tujuan kemudahan sahaja dan tidak akan memberi kesan terhadap pentafsiran mana-mana pihak.

 

2. Asas Kontrak

2.1 Bekalan Barang oleh CHARMS kepada Pembeli di bawah mana-mana Kontrak hendaklah tertakluk kepada Syarat ini yang akan menentukan pengecualian mana-mana terma dan syarat pada Kontrak yang terkandung atau dirujuk dalam mana-mana dokumentasi yang diserahkan oleh Pembeli atau yang berkenaan dengan atau di tempat lain atau yang tersirat di sebalik amalan lazim perdagangan atau corak urus niaga.

2.2 Sebarang maklumat yang boleh didapati di laman web reseller.charms.my yang berkaitan dengan bekalan Barang, termasuk gambar, lukisan, data mengenai had penghantaran, penampilan, prestasi, ukuran, berat, penggunaan bahan operasi, kos operasi, adalah tidak terikat dan untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja. Semasa menyertai Kontrak, Pembeli bersetuju bahawa ia tidak bergantung kepada dan mengetepikan mana-mana tuntutan berdasarkan mana-mana gambaran atau maklumat berkenaan yang tidak disahkan.

2.3 Tiada variasi pada Syarat ini yang akan terikat kecuali jika dipersetujui secara bertulis antara wakil-wakil yang dibenarkan daripada pihak Pembeli dan CHARMS.

2.4 Mana-mana kesalahan tipografi, perkeranian atau kesalahan atau ketinggalan yang lain dalam mana-mana sebut harga, invois atau dokumen atau maklumat lain yang dikeluarkan oleh CHARMS melalui laman webnya hendaklah tertakluk kepada pembetulan tanpa apa-apa liabiliti pada pihak CHARMS.

 

3. Pesanan dan Spesifikasi

3.1 Penerimaan pesanan dan pelaksanaan kontrak antara Pembeli dan CHARMS hanya akan disempurnakan sebaik sahaja CHARMS mengesahkan penghantaran Barang kepada Pembeli. Untuk mengelakkan keraguan, CHARMS berhak menolak atau membatalkan mana-mana pesanan tanpa mengemukakan apa-apa sebab kepada perkara yang sama kepada Pembeli sebelum mengesahkan penghantaran. CHARMS selanjutnya juga berhak untuk meminta Pembeli menyerahkan maklumat untuk dihubungi dan maklumat pengesahan lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat, nombor untuk dihubungi sebelum pengesahan penghantaran dikeluarkan.

3.2 Tiada kontrak yang telah diputuskan yang boleh diubahsuai atau dibatalkan oleh Pembeli kecuali dengan persetujuan bertulis daripada CHARMS dan dengan terma bahawa Pembeli hendaklah membayar indemniti penuh kepada CHARMS atas semua kerugian (termasuk kerugian untung), kos (termasuk semua kos buruh dan bahan-bahan yang digunakan), caj dan perbelanjaan kerosakan yang ditanggung oleh CHARMS akibat daripada pengubahsuaian atau pembatalan, mengikut keadaan.

 

4. Harga

Harga Barang dan/atau Perkhidmatan adalah harga seperti yang tertera di laman web reseller.charms.my pada masa Pembeli membuat pembelian tawarannya kepada CHARMS. Harga tersebut tidak termasuk kos pembungkusan dan caj penghantaran, mana-mana cukai barang dan perkhidmatan yang terguna pakai, cukai nilai tambah atau cukai serupa yang sepatutnya ditanggung oleh Pembeli untuk membayarnya kepada Lazada sebagai tambahan kepada harga berkenaan.

 

5. Terma Pembayaran

5.1 Pembeli adalah berhak untuk membuat bayaran Barang melalui pelbagai kaedah bayaran yang digariskan di laman web resller.charms.my. Terma dan syarat yang terguna pakai pada setiap kaedah bayaran, seperti yang terkandung dalam laman web resller.charms.my, akan terguna pakai pada Kontrak. 

5.2 Sebagai tambahan kepada mana-mana terma tambahan yang terkandung dalam laman web resller.charms.my, terma-terma yang berikut akan turut terguna pakai pada kaedah-kaedah bayaran di bawah:

5.2.3 Perbankan Atas Talian

i. Dengan memilih kaedah pembayaran ini, Pembeli boleh memindahkan wang bayaran Barang kepada akaun Fasyeera Empire sdn bhd untuk jumlah keseluruhan pembelian yang dilakukan (termasuk mana-mana cukai yang terguna pakai, yuran dan kos penghantaran). Transaksi berkenaan hendaklah dibayar dalam Ringgit Malaysia. Fasyeera Empire sdn bhd, pada budi bicara mutlaknya, boleh menolak perkhidmatan pilihan pembayaran yang dilakukan oleh sesiapa atau mana-mana pengguna tanpa memberikan notis bagi apa-apa sebab pada bila-bila masa.

 

6. Penghantaran/Pelaksanaan

6.1 Barang akan dihantar ke alamat yang diberikan oleh Pembeli dalam pesanannya.

6.2 Fasyeera Empire sdn bhd berhak pada bila-bila masa untuk membuat sub-kontrak pada semua atau mana-mana kewajipannya untuk penjualan/penghantaran Barang kepada mana-mana pihak lain seperti yang diperlukan dari semasa ke semasa tanpa mengemukakan notis mengenai perkara yang sama kepada Pembeli.

6.3 Mana-mana tarikh yang dinyatakan bagi penghantaran Barang adalah anggaran sahaja. Masa penghantaran/pelaksanaan tidak menjadi sebahagian, dan Fasyeera Empire sdn bhd tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kelewatan penghantaran atau pelaksanaan tidak kira bagaimana ianya boleh berlaku.

 

7. Notis

Apa-apa notis yang diperlukan atau dibenarkan untuk diserahkan oleh salah satu pihak kepada pihak yang lainnya di bawah Syarat ini hendaklah secara bertulis dialamatkan kepada, jika kepada Fasyeera Empire sdn bhd, ke pejabat berdaftar atau pusat perniagaan utamanya dan jika ditujukan kepada Pembeli, hendaklah diserahkan ke alamat seperti yang tertera dalam tawaran pembelian yang berkenaan.

 

 

TERMA DAN SYARAT JUALAN BAGI SQUAD STARGLOW
 
1. Tiada yuran dikenakan. Anda buat dan Anda dapat.
 
2. Sekiranya SQUAD tidak melakukan sebarang pembelian stok dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh terakhir pembelian, pendaftaran SQUAD akan dibatalkan serta-merta tanpa notis.

3. SQUAD hendaklah membuat minimum pembelian 14 unit starglow.

4. Berikut merupakan tangga potongan harga mengikut jumlah minimum pembelian (harga tidak termasuk GST)
a)Minimum 14 unit 35%
b)Minimum 20 unit 40%
c)Minimum 40 unit 45%
d)Minimum 150 unit 50%
e)Minimum 200 unit 55%

5. Semua maklumat, gambar, testimoni atau apa juga berkaitan FASYEERA EMPIRE SDN BHD dibenarkan untuk dimuat turun oleh SQUAD.

6. FASYEERA EMPIRE SDN BHD BERHAK menggunakan semua gambar, testimoni dan maklumat yang didapati daripada SQUAD.

7. SQUAD diberi kebebasan untuk mencari pengedar atau menjual produk FASYEERA EMPIRE SDN BHD. Walau bagaimana pun, SQUAD hendaklah memastikan pengedar yang dilantik (WAJIB DIDAFTARKAN) menjaga nama baik FASYEERA EMPIRE SDN BHD.

8. SQUAD & AGEN-AGEN DI BAWAHNYA tidak dibenarkan menjual produk FASYEERA EMPIRE SDN BHD di bawah harga pasaran. Sekiranya FASYEERA EMPIRE SDN BHD mendapati mana-mana SQUAD menjual/mempamerkan/mewar-warkan HARGA di bawah harga pasaran, SQUAD tersebut akan disenarai hitam dan tidak akan diberikan peluang untuk mendapatkan stok lagi.

9. SQUAD juga bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada semua AGEN/DROPSHIPPY di bawah kelolaan SQUAD tentang menjual produk di bawah harga pasaran. Pengedar di bawah kelolaan SQUAD merupakan tanggungjawab SQUAD sekiranya didapati mengubah harga, SQUAD tersebut akan diberikan satu (1) kali amaran sebelum ditamatkan lantikan.

10. SQUAD bertanggungjawab terhadap maklumat produk yang disampaikan kepada para pelanggan. Sebarang bentuk pemalsuan fakta atau penyelewengan maklumat yang dibuat akan ditanggung sepenuhnya oleh SQUAD.

11. FASYEERA EMPIRE SDN BHD juga berhak menamatkan lantikan SQUAD yang dianggap mengancam dan membawa kemudaratan kepada FASYEERA EMPIRE SDN BHD dan FASYEERA EMPIRE SDN BHD tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

12. SQUAD dilarang sama sekali mengeluarkan produk yang menyerupai atau menyamai produk FASYEERA EMPIRE SDN BHD semasa atau dalam tempoh lantikan DAN dua (2) tahun selepas tamat lantikan.

13. SQUAD juga akan dikeluarkan daripada ‘Group Master Leader’ dan dilarang sama sekali untuk berada di dalam mana-mana ‘Group’ kelolaaan HQ sekiranya telah menjadi Pengasas kepada mana-mana produk yang mengamalkan sistem yang sama.

14. SQUAD tidak berhak menuntut apa-apa hak atau insentif sekiranya tidak menandatangani perjanjian ini.

15. FASYEERA EMPIRE SDN BHD berhak meminda mana-mana terma dan syarat tanpa sebarang notis.
 
PEMBAYARAN DAN PESANAN PRODUK
 
1. SQUAD hendaklah membuat pesanan melalui web reseller.charms.my sahaja.

2. Kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh FASYEERA EMPIRE SDN BHD.

3. Penghantaran akan dibuat SELEPAS pembayaran dilakukan oleh SQUAD.
 
SYARAT PEMULANGAN PRODUK
 
1. Sebarang aduan mengenai kehilangan atau kerosakan barang perlulah dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh barang tiba kepada SQUAD.
 
2. Setiap aduan hendaklah diisi di dalam ‘Google Form’ yang disediakan oleh FASYEERA EMPIRE SDN BHD.

Fasyeera Empire sdn bhd mempunyai hak ke atas terma dan syarat penjualan pada bila-bila masa.